Benarkah Artis Tempatan Manja?

Benarkah Artis Tempatan Manja?

(Kredit Gambar: Instagram Fathia @fatiyalatiff)

Ramai yang menggunakan media sosial untuk meluahkan ketidak puasan hati. Apa yang terlintas di fikiran, laju sahaja dimuat naik di akaun Facebook, Instagram dan Twitter. Jika anda bukan artis mahupun individu terkenal, tiada siapa yang mengambil peduli setiap tindak tanduk atau status yang dimuat naik. Berbeza dengan selebriti, apa sahaja yang dikongsi mereka mudah diviralkan dan jika tersila langkah dikecam netizen.
 
Terbaharu kisah Fatiya Latif dikecam hebat oleh netizen gara-gara tindakannya memuat naik gambar seorang pramugari di laman twitter miliknya kerana ‘bengang’ dengan sikap pramugari itu yang enggan membantunya mengangkat bagasi ke ruangan penyimpanan barang di atas kerusi tempat duduk penumpang.
 
 
Caption yang ditulis artis ini 'mintak tolong angkatkan beg but this stewardess cakap ada back ache! Get some rest la tak payah kerja kalau ada back ache. Kudos @masMalaysia’ menimbulkan kemarahan netizen.
 
Fathia mempertahanan tindakannya dengan status seterusnya yang mengatakan pramugari tidak perlu biadap dengan meninggikan suara dan membuat muka. Tidak kisahlah anda penumpang kelas ekonomi mahupun perniagaan. Etika tetap etika. Dia juga memaklumkan tidak mengarahkan pramugari itu tetapi hanya meminta pertolongan untuk mengangkat begnya.
 

Namun perkongsian Fathia mendapat kecaman netizen sehingga memaksa pelakon itu memadam status yang menjadi kontroversi itu.

Sebelum ini, penyanyi Ainan Tasneem pernah menjadi viral kerana mengecam seorang pramugara yang enggan membantu mengangkat beg sepupunya ke ruangan penyimpanan barang dalam kabin pesawat Malaysia Airlines ketika pulang dari bercuti di Thailand melalui akaun Instagramnya.
 

Kredit Gambar: Instagram Ainan Tasneem @ainantasneem92

Ainan telah dikecam netizen yang menganggap dia bertindak melulu kerana memviralkan perkara itu tanpa mengetahui bahawa mengangkat beg penumpang dalam kabin tidak termasuk dalam skop kerja pembantu penerbangan.

Kevin Zahri pernah dikecam kerana menyebut tentang 'overweight co-pilot' atau pun pembantu juruterbang yang gemuk dan mempunyai berat berlebihan akibat ‘bengang’ apabila penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Brunei lewat 30 minit. Kevin akhirnya memohon maaf dan mengakui tidak berniat memperlekehkan pembantu juruterbang.

 

Hakikatnya ramai yang tidak mengetahui tugasan mengangkat beg ke ruangan penyimpanan bukanlah tugas pramugari dan pramugara ini seperti yang pernah kami kongsikan dahulu.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post