SEORANG budak perempuan berusia tujuh tahun yang masuk ke balai polis Midan di Damsyik kononnya untuk menggunakan tandas telah mengejutkan pelbagai pihak apabila tiba-tiba meletupkan dirinya, lapor media tempatan.
Media tempatan, Al-Watan melaporkan, letupan itu telah menyebabkan tiga anggota polis cedera.
“Seorang kanak-kanak perempuan masuk ke balai polis, dia membawa tali pinggang yang diledakkan dari jauh,” demikian posting akhbar sama di laman Facebook.
Sumber polis berkata, kanak-kanak itu kelihatan seolah-olah tersalah jalan ketika masuk ke balai polis berkenaan dan meminta untuk menggunakan tandas di situ.
“Ia berlaku dengan pantas, tiba-tiba berlaku letupan yang mengorbankan kanak-kanak itu,” katanya.
Kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada bangunan balai polis itu.
Agensi berita Syria, Sana melaporkan berlaku letupan angkara pengganas di balai polis Midan selepas disahkan Badan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan negara itu.
Sumber: Mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW