Coca-Cola perisa halia, sedap diminum bersama salad, makanan laut atau hidangan masam manis

Kita pernah nikmati Coca-Cola susu atau teh tarik halia. Tidak lama lagi mungkin kita boleh mengecapi Coca-Cola perisa halia pula.

Minuman soda popular ini, produk Amerika Syarikat yang menjadi ikon budaya global, akan masuk pasaran Jepun bulan depan selepas diperkenalkan di Australia pada November, lapor AFP.

Coca-Cola perisa halia

Coca-Cola perisa halia

Dicadang diminum bersama salad, makanan laut atau hidangan masam manis gaya Asia, ia bagaimanapun belum pasti menembusi Eropah pada musim panas tahun depan.

Coca-Cola dilaporkan mengambil masa enam bulan untuk membangunkan minuman berperisa halia dan setakat ini dilancarkan dalam edisi terhad.

Tidak pasti sama ada ia akan masuk pasaran Kanada dan Amerika Syarikat walau Coca-Cola dikenali sering memperkenalkan inovasi pada minumannya.

Syarikat ini memperkenalkan minuman rendah kalori dengan memasukkan pemanis tiruan, selain Coca-Cola perisa ceri dan vanila.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post