Datuk Fauzi Ayob Ketua Pengarah FINAS Baru

Datuk Fauzi Ayob Ketua Pengarah FINAS Baru

Datuk Fauzi Ayob (kiri) dan Azmir Saifuddin Mutalib akan mula bertugas jawatan baru pada 1 Januari 2017. (Gambar: FINAS Malaysia)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mengumumkan pelantikan Datuk Fauzi Ayob sebagai Ketua Pengarah yang baru. Pelantikan beliau dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak dan dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di Facebook, FINAS Malaysia, hari ini.

Fauzi sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) di FINAS dan beliau akan menjalankan tugas sebagai KP berkuatkuasa 1 Januari 2017 secara lantikan kontrak selama 1 tahun.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Ketua Pengarah FINAS pula disandang Azmir Saifuddin Mutalib yang sebelum ini adalah Pengarah Kanan Bahagian Komersil. Azmir juga akan menjalankan tugas berkuatkuasa 1 Januari 2017 secara kontrak selama 1 tahun. Kedua nama itu diumumkan Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ketika Majlis Penyampaian Cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS Hulu Kelang.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post