Demi selamatkan nyawa anak, ayah sanggup jual motor kesayangan

Seorang bapa sanggup menjual motosikal kesayangannya demi mendapatkan wang untuk menanggung kos perubatan bayinya yang sakit.

Mohd Yuzwan Yatni, 29, terpaksa mengambil langkah drastik kerana anak lelaki ketiganya, Muhammad Eiijaz Fakhri mengalami masalah degupan jantung terlalu laju.

Demi selamatkan nyawa anak, ayah sanggup jual motor kesayangan

Demi selamatkan nyawa anak, ayah sanggup jual motor kesayangan

“Terpaksa melepaskan jentera suzuki TXR 150 Gamma demi cahaya mata ketigaku,” tulisnya di Facebook kelmarin.

Statusnya itu mendapat simpati dan doa beratus pengguna media sosial dan dikongsi lebih 1,000 akaun Facebook.

Dalam masa sehari sahaja motosikal itu terjual dengan harga RM3,000 tunai.

“Terima kasih pembeli dari Kuala Lumpur sudi membeli jentera saya ketika saya dalam kesusahan,” kata pemuda dari Segamat itu dalam status terbarunya semalam.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post