Umur 112 tahun tapi dah 95 tahun hisap rokok

Walaupun telah diberikan pelbagai amaran mengenai bahaya rokok, Batuli Lamichhane tidak pernah mahu berhenti menghisap rokok.

Bukan setakat itu, Batuli yang menghisap hampir 30 batang rokok sehari mendakwa rokok adalah ‘rahsia umurnya panjang’.

Umur 112 tahun tapi dah 95 tahun hisap rokok

Umur 112 tahun tapi dah 95 tahun hisap rokok

Menurut laporan Dailymail, Batuli mula menghisap rokok ketika berumur 17 tahun dan masih aktif sehingga kini.

Kata Batuli, orang muda zaman sekarang mempunyai terlalu banyak tekanan.

“Jadi anda perlu aktif dan bebas tekanan. Anda harus sentiasa gembira, barulah umur panjang,” kata Batuli.

Walaupun Batuli menghisap rokok, dia tidak menghisap rokok yang dipasarkan secara komersial, sebaliknya membalut rokoknya sendiri menggunakan daun tendu dan tembakau.

Dia kini hidup berseorangan dan tidak bekerja, selain mengharapkan bantuan dari sebuah kuil Hindu berhampiran.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post