‘Demokrasi jadi kleptokrasi, penyanggak tadbir negara’

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa segala cara untuk melucutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa telah disekat, kini kesal kerana sistem demokrasi disalah-gunakan.

Demokrasi, katanya, berdasarkan premis bahawa rakyat akan memilih pemimpin yang baik.

“Bagaimanapun, hari ini, ramai yang kesal kerana mereka memilih demokrasi.

“Kajian menunjukkan bahawa sistem itu sangat terbuka kepada penyalahgunaan dan orang salah yang dilantik bukan sahaja akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan, tetapi mampu untuk terus berkuasa selama beberapa dekad.

“Pemimpin ini akan menjadi diktator,” kata Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, dalam satu catatan blog hari ini.

Mahathir berkata demokrasi berjaya di kebanyakan negara-negara barat kerana budaya rakyatnya tetapi ini tidak berlaku di negara ini.

“Mereka (rakyat di negara barat) lebih matang dan berpengalaman. Mereka tahu harga yang terpaksa dibayar sekiranya mereka memilih orang yang salah untuk memimpin.

“Budaya rasuah tidak begitu berleluasa di negara-negara ini. Pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan badan kehakiman dihormati dan dipatuhi.

“Mereka yang bersalah dalam mana-mana institusi tidak boleh berharap untuk melepaskan diri akibat salah laku mereka,” katanya.

Beliau berkata terdapat banyak cara demokrasi boleh disalahgunakan, termasuk dengan mengubah sempadan kawasan pilihan raya, memindahkan pengundi dan penipuan dalam pilihan raya.

“Kemudian sudah tentu pengundi boleh dirasuah dengan wang atau hadiah,” katanya.

Namun, kata Mahathir demokrasi masih “sistem yang hebat” tetapi memberi amaran bahawa ini mungkin berlalu.

“Jika rakyat tidak menegaskan hak mereka, demokrasi akan menjadi kleptokrasi; kerajaan yang ditadbir oleh penyanggak,” katanya.

 

Sumber: MK



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post