HKL gempar penemuan mayat lelaki atas bumbung

Kakitangan dan pesakit di Hospital Kuala Lumpur digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar dia atas bumbung Aras Satu bangunan tersebut awal pagi Isnin.

HKL gempar penemuan mayat lelaki atas bumbung

HKL gempar penemuan mayat lelaki atas bumbung

Menurut maklumat laman Facebook Info Roadblock Jpj/polis yang memetik kenyataan media Ketua Polis Dang Wangi, kejadian itu berlaku pukul 7.20 pagi apabila seorang jururawat dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut.

Siasatan awal polis mendapati mangsa terjatuh di atas kompresor alat penghawa dingin di atas bumbung Aras Satu bangunan Hospital Kuala Lumpur.

Jelas kenyataan terbabit, mangsa merupakan pesakit hospital itu yang berusia 60 tahun dan sedang menjalani rawatan di Wad 26 di Tingkat Lima kerana penyakit ketumbuhan, jantung, paru-paru dan mengalami gangguan mental.

“Mangsa dimasukkan ke wad itu pada 26 November lalu dan didapati keluar wad itu pukul 2.30 pagi pada 5 Disember (Isnin).

“Mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan tiada unsur-unsur jenayah dikesan.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambah kenyataan tersebut tanpa mendedahkan identiti mangsa.

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post