Jamal Bertuala Ke SUK Selangor, mahu tumpang mandi di pejabat MB Selangor

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, dengan memakai tuala sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu gangguan bekalan air.

Jamal Bertuala Ke SUK Selangor, mahu tumpang mandi di pejabat MB Selangor

Jamal Bertuala Ke SUK Selangor, mahu tumpang mandi di pejabat MB Selangor

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, turut membawa bersama gayung, berus gigi dan alatan mandian lain.

Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu pada pukul 9.40 pagi Rabu, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

Jamal memberitahu wartawan yang berada di lokasi bahawa beliau tidak mandi selama dua hari.

“Saya hanya mahu menumpang mandi di sini.

“Saya tidak faham mengapa mereka tidak benarkan saya masuk,” katanya yang membidas pentadbiran negeri Selangor kerana gagal menangani masalah air.

Ketika ditanya di mana beliau akan mandi selepas ini, Jamal berkata beliau bercadang untuk pergi ke KLCC ketika masih dalam keadaan bertuala.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

3 Comments

  1. Org2 yg cmni la yg jd pemimpin dlm umno skrg...mcm orang gila..da terang2 tnb bgtau ade gangguan elektrik yg effect gannguan air juga..nampak sgt tak alert..cmne nak jadi pemimpin kalau benda sekeling pn x tahu..bahlol betol...umno da macam sarkas..kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Jamal bahalol..unta..bengap..kuikuikui..umno sarkas..next pru umno pegi jahanam

    ReplyDelete
Previous Post Next Post