Jawapan Shuib dan Siti Sarah bila diusik ‘belanja’ anak keempat

Terlebih dahulu MH Online ucapkan tahniah kepada pelantun lagu Kesetiaan kerana berjaya mendapat tempat naib juara dalam program Gegar Vaganza ketiga (GV3), Ahad lalu.

Jawapan Shuib dan Siti Sarah bila diusik 'belanja' anak keempat

Jawapan Shuib dan Siti Sarah bila diusik ‘belanja’ anak keempat

Sewaktu nama penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 32, disebut sebagai naib juara dengan peratusan juri sebanyak 76.3%, pengacara GV3 Nabil Ahmad sempat lagi mengusik kononnya dengan kemenangan itu suami Siti Sarah akan “belanja anak”.

Semasa sidang media dijalankan, MH Online sempat mengusik Shuib Sepahtu, nak ‘belanja’ anak keempat lagi ke?

“Berehat dulu,” jawabnya ringkas tapi tertawa.

Sementara itu ibu kepada tiga orang cahaya mata itu pula berkata;

“Allah macam tak ada kerja lain (gelak). Sebenarnya dari 70 kilogram nak ke 44 kilogram susah tau,” katanya.

Diajukan pula dengan pertanyaan perancangan selepas ini, Sarah memaklumkan bahawa dia amat merindui untuk menghasilkan album.

“Inysa-Allah yang pasti tidak lama lagi saya akan keluarkan single terlebih dulu, kemudian merancang untuk album pula. Ini kerana saya sangat rindukan album,” ujarnya.

 

Sumber: Media Hiburan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post