Azharina pernah digelar Mariah Carey Pakistan, sudah masuk 107 pertandingan dan 104 kali jadi juara

LATAR belakang keluarga yang rata-ratanya boleh menyanyi menyebabkan Azharina menyimpan impian untuk bergelar penyanyi apabila dewasa.

Malah Azharina selalu mempamerkan bakatnya setiap kali berkumpul dengan sanak saudara pada hujung minggu.

Azharina pernah digelar Mariah Carey Pakistan, sudah masuk 107 pertandingan dan 104 kali jadi juara

Azharina pernah digelar Mariah Carey Pakistan, sudah masuk 107 pertandingan dan 104 kali jadi juara

Lantaran itu tidak hairanlah jika Azharina kerap menyertai pertandingan bakat dan persembahan hari istimewa anjuran pihak sekolah.

“Saya memang kerap menjadi tumpuan pada setiap majlis anjuran pihak sekolah. Sehinggakan ada orang panggil saya Mariah Carey Pakistan disebabkan fizikal saya yang agak tembam pada waktu itu.

“Saya tidak kisah sebab saya memang suka menyanyi. Malah saya membuktikan bakat saya itu dengan menyertai pertandingan nyanyian sekitar KK sejak berusia enam tahun.

“Sehingga hari ini, saya sudah menyertai 107 pertandingan nyanyian. Dari jumlah itu, saya diangkat menjadi johan sebanyak 104 kali dan sekali di tempat kedua, ketiga dan keempat,” ujarnya.

Nama Azharina dikenali selepas menyandang gelaran juara Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2001. Ketika itu usianya baru 16 tahun.

Masih bersekolah, Azharina perlu bijak membahagikan masa untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai pelajar dan mengejar impiannya sebagai penyanyi.

Pesanan orang tua yang sentiasa mengingatinya agar tidak mudah lupa diri sentiasa tersemat dalam ingatannya.

Tinggal di ibukota, berada jauh daripada kawalan keluarga bukanlah alasan untuk Azharina sewenang-wenangnya hidup bebas.

Dia sangat mengambil berat tentang pembelajarannya yang ketika itu bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang, Selangor.

Hanya selepas tamat waktu belajar, barulah Azharina dibenarkan melunaskan tanggungjawab dan karier nyanyiannya.

“Dalam akademik, saya boleh dikatakan antara pelajar terbaik dalam kelas. Saya sentiasa memastikan untuk tidak berada di tempat tercorot dalam kelas.

“Saya pelajar aliran sains. Banyak mata pelajaran yang memerlukan tumpuan sepenuhnya dalam kelas.

“Walaupun pada waktu itu orang kata, masa depan saya sudah terjamin kerana mempunyai bakat dalam nyanyian, pilihan saya jelas.

“Saya harus selesaikan dahulu pelajaran dan mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya.

“Lepas habis SPM, barulah saya memikirkan tentang kerjaya nyanyian,” katanya yang pernah menjadi artis naungan syarikat Millenium Art Sdn. Bhd. milik Julfekar dan sempat merakamkan dua album berjudul Azharina dan Nina.

Azharina juga mempunyai beberapa single lagu popular termasuk Rawan, Pergilah Cinta dan Cinta Kita Selamanya.

 

Sumber: Utusan Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post