BEBERAPA keping foto seorang lelaki pertengahan usia bersama sejumlah wang di kedai menjual telefon bimbit tersebar di laman sosial.
Menurut page VideoViral dotcom, foto tersebut dirakam di Indonesia namun lokasi spesifiknya tidak diketahui.
Jelas laman itu, lelaki tersebut merupakan seorang bapa yang mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit untuk membeli smartphone buat anak perempuannya.
Tambah laman itu lagi, si anak mengugut bapanya tidak mahu ke sekolah kerana malu dengan kawan-kawannya yang memiliki telefon canggih atau smartphonesedangkan dia tidak.
Si bapa yang hanya membanting tulang bekerja sebagai penjual teh di kaki lima difahamkan sanggup menggunakan kesemua tabungan berjumlah Rp6 juta (RM1,992.85) yang dimiliki semata-mata untuk membeli smartphone untuk anaknya itu supaya tidak keciciran pelajaran.
Tergamak anak perempuannya mementingkan diri demi kepuasan ‘nafsu’ sendiri hingga sanggup bersikap sedemikian.
Rata-rata netizen yang melihat foto tersebut mengecam tindakan si anak dan menzahirkan simpati kepada si bapa.
Seorang netizen bernama Syamimi Iwani berkata: “Anak tak guna. Mengada-ngada nak handphone. Kau ingat senang ke cari duit! Bodoh punya anak,” tulisnya.
Manakala Awie Niey Danialshah pula: “Itu bapa..sanggup berkorban untuk anak..demi masa depan anak sanggup berhabisan biarpun pada perkara yang tak penting.”
“Korang rasa anak dia sanggup tak buat perkara yang sama pada ayah dia seperti ayah die berkorban untuk dia?” soal netizen bernama Hazman Mazazah.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW