Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar, Htin Kyaw, di kediaman presiden di Naypyitaw, Myanmar, hari ini.
Pertemuan berkenaan adalah sebahagian daripada lawatan sempena persaraan Zulkifeli. Beliau akan menamatkan tugas sebagai pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertengahan bulan ini.
Yang hadir sama pada pertemuan itu, ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing.
Sebelum ini, Zulkifeli sudah melawat Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Lubnan, Qatar, Myanmar dan meneruskan lawatan ke Thailand untuk bertemu dengan semua ketua tentera negara terbabit.
Lawatan Zulkifeli ke Myanmar jelas menunjukkan Htin menghormati ATM sebagai rakan pertahanan Myanmar.
Sumber: BH Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW