Lelaki Muslim dinamakan Slamet Hari Natal oleh ibu bapanya kerana lahir hari krismas

Seorang lelaki berusia 54 tahun yang tinggal di Malang, Jawa Timur, diberi nama Slamet Hari Natal oleh ibu bapanya kerana dilahirkan pada 25 Disember 1962.

“Ya, itu nama saya,” katanya, memetik tribunnews.com, Selasa.

Slamet Hari Natal

Slamet Hari Natal

Dia menunjukkan kad identiti pengenalan diri dan keluarga, yang mengesahkan nama penuhnya adalah Slamet Hari Natal.

“Sepatutnya nama saya Selamat Hari Natal, tetapi kerana kami orang Jawa, ia menjadi Slamet,” katanya.

Hari Natal berkata, ibunya telah melahirkannya di rumah seorang bidan, Akas Kiyo, di Tumpang, Malang.

Bidan itu yang beragama Kristian telah mencadangkan nama Selamat Hari Natal kepada ibu bapanya.

Walupun ibu bapanya beragama Islam, mereka tetap memutuskan untuk menerima cadangan itu tetapi dengan menukar Selamat kepada Slamet.

Slamet adalah nama biasa bagi orang-orang Jawa dan bermaksud ‘selamat’.

“Mereka tidak mahu susah-payah berfikir tentang nama saya, dan terdapat nama yang sudah tersedia, jadi mereka menerima cadangan itu,” katanya.

Dia mempunyai seorang lagi saudara perempuan bernama Mujiati.

Walaupun namanya Slamet Hari Natal dan beragama Islam, dia tidak pernah menerima sebarang kritikan daripada jiran-jiran.

“Tidak, tidak pernah. Kami mengamalkan toleransi di sini,” katanya. – The Jakarta Post

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post