Neelofa rasa bersalah kalahkan Ogy Ahmad Daud

Menewaskan nama-nama besar dalam pengacaraan termasuk Fauziah Ahmad Daud, Neelofa rasa bersalah apabila dinobatkan Personaliti Pengacaraan Anugerah Melodi 2016.

Neelofa rasa bersalah kalahkan Ogy Ahmad Daud

Neelofa rasa bersalah kalahkan Ogy Ahmad Daud

“Bila tahu yang saya dalam kategori sama dengan Kak Ogy, [Datuk] Rosyam Nor semua itu, saya rasa bersalah sangat menang,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu lalu.

“Sebab itu saya salam Kak Ogy dulu [sebelum naik pentas] sebab saya tahu mereka dalam industri sangat lama.

“Jadi saya rasa sangat kecil untuk menerima anugerah ini dan mengalahkan mereka.”

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 27, menewaskan dua lagi calon iaitu Awal Ashaari dan Alif Satar.

Pengacara MeleTOP itu mengakui kejayaannya yang ditentukan 100 peratus melalui undian peminat secara online disebabkan tempias fenomena drama “Suri Hati Mr. Pilot”.

“Saya tahu sebab baru habis tayangan drama Suri Hati Mr Pilot, masih viral lagi ‘Lofattah’, orang masih mengikuti. Dan itu memberi sumbangan kepada kemenangan malam ini [kelmarin].

“Saya dalam industri lebih enam tahun. Peminat Neelofa memang sudah ada pada hari pertama, bila drama Suri Hati Mr. Pilot bermula, saya baru ada peminat ‘Lofattah’ dan macam-macam mereka buat nama baru,” katanya.

Mahu pergi lebih jauh dalam bidang pengacaraan, Neelofa bakal menjayakan satu program temu bual tahun hadapan.

Namun Bintang Paling Popular ABPBH 29 enggan mengulas lanjut memandangkan konsep rancangan televisyen itu masih belum jelas.

“Sebenarnya bulan lepas ada satu produksi datang untuk buat program baru iaitu saya akan dapat temu bual tetamu yang saya pilih untuk memberi inspirasi kepada orang lain di luar sana.

“Harap akan jadi kenyataan tahun depan. Cuma saya kena luangkan masa dan perkemaskan lagi program,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post