Norish Karman jadi pembaca berita di Bernama kerana minat

Bukan tiada tawaran berlakon tetapi minat mendalam dalam penyiaran mengembalikan Norish Karman sebagai pembaca berita.

Norish, 42, berkata membaca berita bukan satu tugasan baharu kerana pernah menceburi bidang berkenaan seawal usia 18 tahun di Singapura.

“Bidang penyiaran sentiasa berada dekat di hati saya dan kembalinya saya sebagai pembaca berita di BNC bukan kerana kerjaya lakonan sudah malap tetapi kerana minat.

“Saya mahu lakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya dan alhamdulillah BNC membuka peluang kepada saya,” katanya kepada mStar Online merujuk stesen TV, Bernama News Channel.

Pelakon drama Spa Q berkata tiada apa yang perlu dimalukan untuk membaca berita sebagai selebriti kerana menganggap ia sebagai satu proses pembelajaran.

Katanya, BNC juga tidak menyekat kerjaya seninya asalkan apa yang dilakukan tidak mencemar nama baik agensi berita itu.

“Ketika menghantar resume, saya tidak pernah terfikir tentang status saya sebagai selebriti atau pun pelakon kerana minat dalam bidang penyiaran.

“Buat apa hendak malu kerana ini proses pembelajaran dan sepanjang memulakan tugas di BNC saya sangat terbuka untuk belajar,” beliau dilaporkan berkata.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post