Seorang penyiasat objek terbang tidak dikenali (UFO) dikatakan memuntahkan cecair hitam sebanyak dua liter sebelum ditemui mati di sofa, di sebuah rumah.
Memetik laporan Metro.co.uk, pasukan bedah siasat gagal mengetahui punca kematiannya, sekaligus meninggalkan tanda tanya kepada semua pihak termasuk ibunya.
Max Spiers, 39, yang berasal dari Canterbury, Kent telah terlibat dan menyiasat ramai ahli politik, dan ahli perniagaan.
Ibunya, Vanessa Bates percaya anaknya telah menemui maklumat penting dan seseorang membunuh Spiers kerana bimbang maklumat tersebut disebarkan.
Menurut Bates, beberapa hari sebelum kematian Spiers, anaknya menghantar pesanan, memintanya menyiasat segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada Spiers.
Spiers kemudiannya mengalami peningkatan suhu, lemah tubuh badan, dan memuntahkan cecair hitam sehingga dua liter sebelum menemui ajal di sofa di sebuah rumah.
Rakan serumahnya, seorang guru Bahasa Inggeris bergegas menghubungi pasukan perubatan, yang kemudian cuba menyelamatkannya, bagaimanapun gagal.
Mayatnya dibawa pulang ke Kent untuk dibedah siasat dan dikebumikan.
Bagaimanapun siasatan dalam kes kematiannya masih berjalan.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW