Polis siasat pemandu bas kantoi baca dan balas mesej ketika memandu sambil merokok

Polis akan menyiasat rakaman pemandu bas ekspres di sini, yang dipercayai menggunakan telefon bimbit serta merokok ketika memandu di Plaza Tol Tangkak dari Kuala Lumpur hari ini.

Polis siasat pemandu bas kantoi baca dan balas mesej ketika memandu sambil merokok

Polis siasat pemandu bas kantoi baca dan balas mesej ketika memandu sambil merokok

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk meneliti rakaman video yang dimuat naik individu yang merakam kejadian itu.

Baca artikel sebelum: Pemandu bas Mayang Sari kantoi merokok, membaca dan membalas mesej ketika memandu

“Kita akan lihat video serta gambar yang dikongsi individu itu dan akan memanggil pemandu terbabit untuk soal siasat,” katanya di sini, hari ini.

Suhaimi berkata pihaknya juga akan menghubungi syarikat bas terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual pemandu bagi mengenal pasti identiti pemandu itu untuk tindakan susulan.

“Kita memandang serius perkara ini dan siasatan lanjut akan dilakukan sebelum membuka kertas siasatan,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan penjelasan daripada syarikat bas terbabit gagal.

Dua rakaman video antara 17 dan 19 saat itu dimuat naik pengguna akaun Facebook menggunakan nama Firdaus Wong Wai Hung hari ini.

Kedua-dua video berkenaan yang menjadi viral di laman sosial itu menunjukkan pemandu berkenaan memandu sambil mengguna telefon bimbit dan merokok, sekali gus menunjukkan sikap sambil lewanya.

Firdaus mendakwa video itu dimuat naik ketika menaiki bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan pada 11.30 pagi menuju Muar.

Sehingga 9.55 malam ini, kedua-dua video mendapat perhatian di Facebook dan ditonton lebih 300,000 pemegang akaun.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post