Sayu : Tinggal lah 3 beradik YATIM PIATU .. Jenazah suami isteri disemadikan di Kampung Balun Slim River (5Gambar)

Slim River : Ahli keluarga suami isteri yang maut dalam kemalangan di 371.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini petang semalam sepakat mengebumikan pasangan itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balun, di sini hari ini.
Persetujuan untuk mengebumikan Ridzuan Rajak,33 dan isterinya,Intan Maizura Aidul Badri,31 dibuat kedua-dua keluarga untuk memudahkan urusan menziarah kubur Allahyarham.
Dalam pada itu, anak mangsa, Mia Dhelusya,6, Ayra Batrisya,4, dan Rania Elysya,2, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh .



Difahamkan salah seorang anak mangsa masih lagi koma dan dua lagi patah kaki dan paha.
Abang kepada Intan Maizura, Khairul Izuan, 37, berkata, adiknya itu dalam perjalanan dari Taiping dan merancang singgah ke rumahnya di Slim River.
Katanya, dia mengetahui kemalangan yang menimpa adiknya selepas diberitahu isterinya yang membaca berita dalam talian.
Sementara itu, suasana di pekarangan di Bilik Mayat Hospital Slim River begitu sayu dan kedua keluarga kelihatan tenang serta reda pemergian insan tersayang.
Jenazah suami isteri itu dijangka dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 10 pagi ini dan sebelum itu akan di sembahyangkan di Masjid Slim River.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post