Sebak, Saya Nampak Keluarga Ini ‘Shopping’ Barang Sekolah Anak Di Kedai Barangan Lusuh Dan Terbuang

Disebalik kegembiraan anak-anak kita mendapat kelengkapan sekolah baru, ada kita mengeluh terpaksa berhabisan seorang anak sampai RM300.

Jika kita rasa kita susah, ketahuilah bahawa diluar sana sebenarnya ramai lagi susah daripada kita, malahan ada yang tidak mampu menyediakan suku pun dari perbelanjaan kita keluarkan.

Terbaca admin di laman Facebook tadi, sebuah kisah yang meruntun hati apabila membacanya, kisah diceritakan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli di mana beliau telah terjumpa dengan sebuah keluarga yang sedang ‘shopping’ sakan kelengkapan sekolah anak mereka.

Namun, mereka bukanlah membeli belah di pasaraya besar atau di gedung-gedung pakaian ternama, tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh di mana kebanyakkannya adalah barangan yang sudah dibuang atau dikutip dari tempat longgokan sampah.

Jom kita baca.

“…Semalam pi kedai barang lusuh kat taman medan. kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah utk project DIY aku…

Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia…

Sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia ‘bershopping’ aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk.

Si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?

Tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!

Alamak. ini sebak nie.

Aku keluar dari kedai barang lusuh tu. tak tahan tengok drama realiti ni lagi.

Dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup bersederhana dan masih bersyukur. tetap bahagia.

Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. amin.

* bini aku menitik ayaq mata bila aku tunjuk family tu dok sebuk bershopping lagi…”

 

Sumber: Siakapkeli



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post