Selain ‘Sophie’s World’, buku kesihatan ITBM jadi buruan ramai

Selepas novel remaja berinti falsafah Sophie’s World, buku kesihatan menjadi tumpuan pembaca di pameran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Karya pakar gaya hidup yang mengkhusus dalam kajian lemak Dr Anjali Arora, mempunyai lebih 12 jilid, memberi lima panduan kesihatan untuk pelbagai penyakit utama.

Selain ‘Sophie’s World’, buku kesihatan ITBM jadi buruan ramai

Selain ‘Sophie’s World’, buku kesihatan ITBM jadi buruan ramai

“5 Langkah Untuk Mengawal Gula Darah Yang Tinggi” paling banyak mendapat sambutan apabila dijual hampir 400 naskhah ketika pameran ITBM mulai 16 Disember lalu.

“Buku ini berkaitan dengan penyakit-penyakit kronik. Ia sarat maklumat dan mudah difahami dengan kaedah lima langkah.

“Kandungan buku turut disertai gambar-gambar menarik,” kata ketua pegawai eksekutifnya Mohd Khair Ngadiron kepada ProjekMMO minggu lalu.

Manakala 11 jilid lain turut mendapat sambutan dengan jualan antara 180 hingga 200 naskhah.

Terbit April lalu, koleksi ini dicetak sebanyak 1,500 unit bagi setiap jilid. Ia diberikan potongan 30 peratus daripada harga asal RM20 di Wisma ITBM di Wangsa Maju hingga Ahad.

Di pasaran antarabangsa, menurut Google, buku-buku Dr Anjali yang paling laris seperti berikut: 5 Steps to Healthy Nutrition: Is Your Diet Healthy? (terbit 2007), 5 Steps to Maintain Good Health and Beauty (2007), 5 Steps to Detect and Manage A Heart Attack (2007), 5 Steps to Combat Asthma and Allergies (2010) dan 5 Steps to Understand and Prevent Addiction and Abuse (2013).

Namun bukan sahaja buku terjemahan, seperti Dunia Sophie, mendapat tempat di kalangan pembaca. Buku karya tempatan juga diminati ramai.

“Peranakan Cina Kelantan”, berharga RM150, terjual hampir 90 peratus daripada 2,500 naskhah sejak dilancarkan November lalu, kata Mohd Khair lagi.

“Ia bagaikan satu rekod baru kerana ia sangat laku selepas kita lancarkan di Kelantan. Kurang sebulan, banyak yang sudah dijual.

“Jika kita lihat buku ini yang penuh dengan gambar, sejarah dan budaya Cina peranakan Kelantan, cetakan buku ini sangat berkualiti. Buku ini juga sudah habis.”

Karya Zinitulniza Abdul Kadir, tambahnya, akan diulang cetak memandangkan permintaan tinggi daripada pengedar buku.

‘Peranakan Cina Kelantan’ mengulas pertarungan dalam usaha mengekalkan jati diri berdepan unsur budaya Melayu. — Foto oleh Choo Choy May‘Peranakan Cina Kelantan’ mengulas pertarungan dalam usaha mengekalkan jati diri berdepan unsur budaya Melayu. — Foto oleh Choo Choy MayBuku ini mengisahkan kelangsungan hidup masyarakat Cina kampung dan proses asimilasi dua budaya di Kelantan sejak lebih 300 tahun.

Ia mengulas pertarungan nilai Cina peranakan di negeri itu yang cuba mengekalkan jati diri tetapi menyerap juga beberapa unsur budaya masyarakat Melayu.

ITBM yang sedang mengadakan pameran dan jualan lebih 1,600 judul terbitannya menyasarkan jualan RM90,000.

“Di jualan garaj kami, orang tidaklah berkerumun tetapi masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong.

“Bagus juga tidak penuh dan sesak seperti di pesta buku [Kuala Lumpur] kerana kita beri keselesaan pada pengunjung,” kata Mohd Khair.

Berlangsung selama 16 hari, pelbagai buku terbitan ITBM boleh didapati dengan harga serendah RM2 serta diskaun sehingga 80 peratus.

Potongan harga yang sama disediakan buat mereka yang membeli dalam talian melalui www.itbm.com.my.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post