Solat jemaah atas jalan raya dengan imam atas motor, remaja sengaja persenda agama kerana ingin terkenal

Tindakan enam remaja yang memuat naik gambar sedang bersolat di atas motosikal di laman Facebook membawa padah apabila mereka ditahan polis.

Semua remaja berkenaan yang masih bersekolah ditahan polis semalam selepas gambar yang dimuat naik pada Isnin lalu itu mencetuskan kemarahan orang ramai.

Solat jemaah atas jalan raya dengan imam atas motor

Solat jemaah atas jalan raya dengan imam atas motor

Gambar itu menunjukkan sekumpulan remaja beraksi seperti bersolat di atas jalan raya dan seorang lagi yang menjadi imam berdiri di atas dua motosikal.

Remaja yang berdiri di atas motosikal itu juga memakai seluar paras lutut dan tidak berbaju.

Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial kerana didakwa menghina agama Islam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Ketua polis daerah Jepara, Samsu Arifin berkata, susulan laporan orang ramai itu polis mengesan keenam-enam remaja berkenaan sebelum menangkap mereka semalam.

Katanya, semua remaja berusia lingkungan 15 hingga 16 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing.

“Ketika disoal siasat semua remaja itu mengaku sengaja memuat naik gambar berkenaan kerana mahu menarik perhatian pengguna laman sosial dan menjadi terkenal.

“Mereka mengaku tiada niat untuk mempersendakan agama kerana mereka sendiri beragama Islam,” katanya.

Menurutnya, semua remaja itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil dan diminta datang semula ke ibu pejabat polis untuk siasatan lanjut.

Polis juga menyita dua motosikal yang digunakan dalam gambar berkenaan sebagai bahan bukti.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post