SPAS gantung lesen Bas ekspres Alisan Golden Coach serta merta

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) gantung serta merta lesen Goldstar Express (M) Sdn Bhd.

Ini termasuk kesemua bas bawah pengendali itu susulan nahas yang membabitkan kehilangan 14 nyawa di Pagoh, 3.40 pagi, hari ini.

SPAS gantung lesen Bas ekspres Alisan Golden Coach serta merta

SPAS gantung lesen Bas ekspres Alisan Golden Coach serta merta

SPAD dalam satu kenyataannya, berkata tindakan itu bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan berhubung kemalangan bas ekspres Alisan Golden Coach.

“Suruhanjaya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dan memberikan jaminan bahawa siasatan yang mendalam akan dijalankan ke atas tragedi ini,” katanya.

Siasatan akan diketuai Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) manakala SPAD akan menyiasat perlanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP).

Menurut SPAD, mereka tidak teragak-agak membatalkan lesen dan permit pengendali jika didapati melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi mengikut syarat Lesen Pengendali.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post