Takut dicekup Jais, 2 anggota polis terjun bangunan, seorang meninggal

Seorang anggota polis Balai Polis Bukit Jalil, di sini, maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai pencegah maksiat di dua lokasi berasingan awal pagi tadi.

2 anggota polis terjun bangunan

2 anggota polis terjun bangunan

Dalam kejadian pertama, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu satu unit kediaman di tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, jam 3 pagi.

Bagaimanapun, sebaik memasuki kediaman berkenaan, pegawai JAIS menemui seorang wanita di dalam sebuah bilik dengan satu tingkapnya didapati terbuka dengan seorang lelaki didapati terbaring di bawah pangsapuri berkenaan.

Hasil siasatan, wanita berkenaan mengakui lelaki berkenaan kekasihnya yang bertindak sedemikian terjun kerana bimbang ditangkap penguat kuasa JAIS.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.45 pagi.

Dalam satu lagi pemeriksaan, seorang anggota polis cedera selepas dipercayai turut terjun dari sebuah pangsapuri sewaktu pemeriksaan JAIS di Taman Puchong Perdana.

Identiti anggota polis berkenaan bagaimanapun belum diketahui dan keadaannya kini dilaporkan kritikal.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas sehingga siasatan sepenuhnya dijalankan.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post