PELAKON popular tanah air, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 26, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga pada majlis tertutup di kediaman keluarganya semalam.
Menerusi perkongsian berita gembira itu di Instagramnya, Ummi Nazeera menzahirkan rasa syukur dengan majlis itu yang berlangsung dalam suasana lancar dan harmonis.
“Alhamdulillah hari ini (semalam) Ummi sudah selamat bertunang,” tulisnya.
Beliau turut memohon para peminat dan orang ramai mendoakan kebaikan untuknya dan keluarga.
“Moga diiringi restu Ilahi, doakan yang baik-baik ya,” tulisnya lagi.
Difahamkan tunangan Ummi berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan seorang doktor.
Ummi bagaimanapun tidak mendedahkan lanjut mengenai tunangannya itu dan hanya mahu beliau dikenali sebagai Mr. I yang berusia 29 tahun.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW