Universiti Malaya putuskan Anis Syafiqah bersalah susulan penglibatan dalam perhimpunan ‘Tangkap MO1’

Anis Syafiqah Md Yusof dan tiga lagi aktivis mahasiswa didapati bersalah oleh lembaga disiplin Universiti Malaya (UM) susulan penglibatan mereka dalam perhimpunan Tangkap MO1 di Kuala Lumpur.

Universiti Malaya putuskan Anis Syafiqah bersalah

Universiti Malaya putuskan Anis Syafiqah bersalah

Bagaimanapun hukuman sama ada pelajar fakulti bahasa itu akan didenda atau digantung pengajian, hanya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

“Di akhirnya mereka memutuskan saya bersalah dalam ketiga-tiga pertuduhan,” kata Anis dalam prosiding akhir di hadapan tiga panel pagi ini.

Beliau juga mungkin tidak dapat menjawab peperiksaan pada tiga minggu lalu jika keputusan tidak memihak padanya.

Mahasiswa tahun itu bagaimanapun tidak sesekali kesal dengan apa yang berlaku.

“Saya akan teruskan pengajian dan perjuangan. Malah ayah saya juga kata, ‘jangan menyesal’,” katanya.

Anis berkata beliau akan merayu kepada lembaga disiplin UM.

Beliau dan tiga lagi pelahar dituduh melanggar kod kelakuan pelajar dengan menganjurkan perhimpunan MO1, menyebabkan gangguan awam serta mencemarkan nama baik universiti.

Anis menjadi yang pertama dipanggil panel hari ini, diikuti oleh Suhail Wan Azahar, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli.

Perhimpunan Tangkap MO1 dianjurkan bagi mendesak penahanan “Malaysian Official 1” yang dinamakan berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat.

Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui Datuk Seri Najib Razak ialah MO1 tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post