Gambar: Adam Shamil
Tapi tidak buli seperti yang anda sangka, rupanya nenek Adam pun sama naik, sama kelakar macam Adam. Nenek kesayangan Adam, Rose Cheam, 74 tahun, begitu sporting melayan karenah cucunya.
Dengan video pertamanya mencecah hampir setengah juta tontonan dan 9,285 perkongsian di internet, Adam kembali untuk video kedua dia membuli neneknya yang telah mendapat hampir 111 ribu tontonan dalam masa empat hari sahaja. Nampaknya nenek Rose lagi famous dari cucunya sendiri.
Berdarah campuran Kadazan dan Cina, Adam merupakan cucu kesayangan neneknya. Menurut Adam, “Nenek tinggal dengan kami sejak saya kecil. Malah dia juga yang menjaga saya sejak lahir. Jadi kami memang rapat malah dalam semua cucunya, saya paling rapat”.
Sepanjang Adam bergelar YouTuber dan menghasilkan video-videonya sendiri, neneklah yang sentiasa menyokong Adam dari belakang. “Bila tengok nenek yang comel ni, jangan tak tau dia juga boleh jadi sangat serius. Tapi dia selalu buat saya ketawa tanpa perlu mencuba. Agaknya sikap kelakar serius ni mungkin dapat dari nenek”, tambah Adam lagi.
Tidak pernah terlintas niat untuk ‘membuli’ neneknya, idea tersebut tercetus sewaktu dia sedang memikirkan topik untuk video seterusnya. “Secara spontan je idea tu datang nak ‘buli’ nenek, itu salah satu cara saya tunjukkan kasih sayang”, jelas Adam lagi.
Jika dilihat dari video Adam, jelas kelihatan nenek Adam yang sememangnya mempunyai perwatakan yang lucu dan juga pemalu. Kata Adam lagi “Jadi kalau anda semua tengok video saya, banyak kali nenek saya cakap ‘cukup’ atau perkataan kegemarannya, ‘lakas’ yang bermaksud cepat. Tapi nenek peramah orangnya”.
Viral atau tidak video Adam membuli neneknya ini, sehingga aktres Fasha Sandha turut berkesempatan bertemu Adam dan melahirkan rasa terujanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW