Seorang pengurus butik membuat laporan polis di Balai Polis Parit Raja di sini, semalam, mendakwa 4 wanita curi barang di kedainya dengan memasukkan barang curian dalam pakaian dalam mereka hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM500.
Pengurus butik, Jalina Othman, 50, berkata kejadian hanya disedari sehari selepas kejadian apabila pekerjanya memeriksa stok barangan.
“Selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) selama dua hari, akhirnya semalam, saya menemui rakaman tiga daripada wanita itu memasukkan barang curi ke dalam pakaian dalam dan beg tangan,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kesemua suspek.
Gambar dan video rakaman CCTV kejadian di butik berkenaan, menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW