PKR tidak sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejenis rasuah.
Menolak tanggapan mantan perdana menteri itu, presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bantuan kewangan tersebut wajar dimiliki rakyat yang layak.
“Sebenarnya bukan [rasuah]. Apa sahaja yang diberikan kerajaan, perlu diberikan kepada rakyat. Ia bukan rasuah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
“Hak mereka untuk mendapatnya dan jika mereka layak mendapat bantuan kerajaan, saya fikir ia perlu diberikan.”
Ahad lalu, Dr Mahathir yang lantang mengkritik kerajaan dilaporkan mendakwa BR1M satu bentuk rasuah dan pemberiannya salah di sisi undang-undang.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR