Seorang wanita dilaporkan dipancung oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Afghanistan selepas memasuki bandar tanpa ditemani suaminya.
Perbuatan ngeri itu berlaku di kampung terpencil di Latti, wilayah Sar-e-Pul yang berada di bawah kawalan Taliban.
Jurucakap Gabenor wilayah, Zabiullah Amani memberitahu Nation, wanita berusia 30 tahun itu menjadi sasaran kerana dia keluar bersendirian tanpa suaminya yang kini berada di Iran.
Middle East Press melaporkan wanita itu pergi ke pasar untuk membeli belah.
Di bawah peraturan Taliban, wanita dilarang meninggalkan rumah kecuali disertai saudara lelaki terdekat.
Mereka juga dilarang untuk bekerja atau belajar dan perlu memakai burka.
Bagaimanapun Taliban menolak penglibatan dalam kejadian terbaharu ini.
Awal bulan ini lima pengawal Afghan wanita yang bekerja di lapangan terbang di selatan Kandahar telah dibunuh oleh lelaki bersenjata yang tidak diketahui ketika mereka sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.
Sumber: Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW