Annuar Musa cadang TMJ jadi Presiden FAM, kalau tak mahu dia bersedia isi jawatan kosong itu

Bekas Pre­siden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberi peluang memegang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan jika menolak maka beliau bersedia mengisi kerusi No. 1 itu.

Katanya, TMJ perlu berani mengambil tanggungjawab tersebut kerana berpendapat pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempunyai kemampuan dan idea-idea yang bernas untuk menyelamatkan bola sepak negara.

 

Annuar Musa cadang TMJ jadi Presiden FAM, kalau tak mahu dia bersedia isi jawatan kosong itu

Annuar Musa cadang TMJ jadi Presiden FAM, kalau tak mahu dia bersedia isi jawatan kosong itu

 

 

“Saya sudah buat pendirian jelas, TMJ harus diberi peluang menjadi presiden. Kalau tak mahu, semua tidak mahu, saya bersedia mengisi jawatan tersebut.

“Kita jangan banyak cakap pasal bola, tetapi tidak mahu ambil tanggungjawab. Kalau kita banyak cakap, banyak idea, kita kena berani ambil tanggungjawab sebagai Presiden FAM.

“Sebab bola ini adalah sukan rakyat dan memerlukan pengurusan yang baik. Saya cuma berpendapat, saya fikir, TMJ patut diberikan peluang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia me­laporkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu perang mulut antara Annuar de­ngan Tunku Ismail diselesaikan secara baik demi kemajuan bola sepak negara.

Walau pun tidak mengaitkan secara langsung pertikaman lidah antara dua pemimpin itu dengan kehangatan pemilihan Presiden FAM Mac ini, namun Khairy berharap isu tersebut diselesaikan di meja rundingan “sebab pencalonan jawatan tertinggi badan induk bola sepak itu akan ditutup tidak lama lagi”.

Sementara itu Annuar tidak mahu isu beliau dengan Tunku Ismail dipolemikkan sehingga menampakkan mereka seolah-olah mempunyai masalah peribadi.

Dalam masa sama, Annuar juga menyifatkan bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubu­ngan baik dan beliau sentiasa menyokong Tunku Ismail menjadi Presiden FAM.

“Saya (juga) hendak minta kerjasama pihak media jangan lagakan saya dengan TMJ. Saya ini manusia terlalu kecil untuk dilagakan dengan TMJ. Saya ini, diibarat kereta kancil, kalau dilagakan dengan lori, pengsanlah saya.

“Saya juga beberapa kali cuba mengelak menjawab secara langsung sesuatu perkara yang dibangkitkan TMJ, namun apabila melibatkan serangan bersifat peribadi sehingga boleh menggugat kredibiliti, saya terpaksa mempertahankan diri dengan memberi penjelasan sebenar,” katanya.

Ditanya adakah beliau akan menggesa TMJ agar berhenti menyerangnya, Annuar berkata beliau tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian meskipun serangan TMJ itu sedikit sebanyak menjejaskan persiapan pasukan The Red Warriors.

“Saya tidak boleh, siapalah saya hendak memerintah anak raja daripada berhenti bercakap, tidak manis. Saya tidak mahu TMJ mempunyai persepsi salah, kononnya saya pengkritiknya, pada hal saya adalah penyokong beliau,” katanya.

Sumber: Utusan



Sumber Annuar Musa cadang TMJ jadi Presiden FAM, kalau tak mahu dia bersedia isi jawatan kosong itu

Post a Comment

Previous Post Next Post