“Apa dosa kami?” Remaja Syria hilang kaki, adik beradik dan saudara luah perasaan

Seorang remaja Syria, Mohammad Akhtar, 17, kini tinggal di bandar Reyhanli adalah antara mangsa kekejaman rejim Bashar al Assad.

Serangan udara dua tahun lalu, mengakibatkan dia kini cacat kekal selepas kaki kanannya hancur selain mengalami kecederaan teruk pada anggota badan.

"Apa dosa kami?" Remaja Syria hilang kaki, adik beradik dan saudara luah perasaan

“Apa dosa kami?” Remaja Syria hilang kaki, adik beradik dan saudara luah perasaan

Menurutnya, sehingga kini dia tidak dapat menerima hakikat kehilangan anggota badan kerana kecederaan teruk.

Bukan hanya dirinya ditimpa malang, malah adiknya, Saifuddin Akhtar, 4, turut kehilangan kedua-dua kaki sewaktu kejadian berkenaan. 

Sepanjang tinjauan tersebut, Saifuddin tidak boleh mendengar bunyi bising meskipun percakapan dalam nada yang tinggi.

Ternyata serangan bom dari udara itu menyebabkan dia trauma teruk sehingga kini.

Lebih menyedihkan, Muhammad turut kehilangan dua orang adik.

“Dua adik yang telah menemui penciptaNYA. Ibu ayah dan adik-adik lain masih ada di sisi saya.

“Apa dosa kami dan kenapa kami diperlakukan sebegini? 

“Saya kehilangan adik beradik, kawan dan saudara,” katanya dalam nada sayu.

Muhammad berkata, dia tiba bandar Reyhanli dengan menaiki bas dan menjadi pelarian di Turki.

“Alhamdulillah ada pihak sudi menyediakan tempat tinggal bagi kami sekeluarga di sini.

“Kami tinggal bersama rakyat Syria yang mengalami kecederaan dan kecacatan akibat peperangan,” katanya.

Ditanya adakah dia mengikuti sesi persekolahan, Muhammad menggeleng dan memberitahu dia ingin sekali bersekolah.

“Saya tidak ada duit macam mana mahu ke sekolah. Ayah dan ibu pula tidak sihat,” katanya.

Sementara itu, penjaga rumah perlindungan bagi mangsa peperangan Syria, Abu Samah berkata, sehingga kini seramai 16 orang berada di bawah jagaannya.

“Namun begitu, kami mengalami masalah kekurangan dana untuk menguruskan rumah ini. Sudah tiga bulan sewa rumah tertangguh sebanyak AS$1,000.

“Ditambah pula dengan musim sekarang (sejuk) kita perlukan lebih wang bagi membeli arang dan membayar elektrik bagi tujuan memanaskan badan,” katanya.

Abu turut berharap agar rakyat Malaysia sudi menghulurkan bantuan kepada mereka.

“Kami makan apa sahaja yang ada. Ada masa kita terpaksa makan menu sama seperti roti dan tomato,” katanya lagi.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post