Ini Confession Kisah Benar Paling Best Setakat Ini, Membuatkan Ramai Pembaca Menangis

Ini Confession Paling Best Setakat Ini, Membuatkan Ramai Pembaca Menangis



Hidup ini memang banyak dugaan. Buat yang miskin dan buat yang kaya, sememangnya kehidupan kita sering diuji.

Mealui laman portal confession IIUM, satu kisah benar telah membuatkan ramai yang sayu membacanya.

Ia mencerita pengalaman seorang kakak dan adiknya menjalani kehidupan penuh ranjau.

Jom baca:

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ini, tak ada apa-apa pon. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah. Aku pon ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah,tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah.

Aku ada 7 adik beradik. Aku yang kedua (kakngah). Atas aku Abanglong, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abanglong tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena demam panas ketika umur 7 tahun. Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat. Dalam banyak-banyak adik beradik, aku paling rapat dengan Ijat. Beza umur aku dengan Ijat dua tahun je. Jadinya, selain abanglong, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik-kecik. Adik-adik yang lain jauh sikit jarak umur dengan kami.

Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesusah mana sekadar cukup-cukup sahaja. Yelah, ayah aku sorang je yang bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dengan anak yang masih kecik-kecik, perit jugak lah ayah aku mengerah keringat beliau yang bekerja sebagai pembuat batu nisan. Haaa, scary tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu nisan beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada. Tapi tulah, kalau aku fikir-fikir balik, berdosa tak agak-agaknya aku doakan ramai orang meninggal setiap hari, dengan harapan nanti banyak tempahan batu nisan ayah aku. Tapi seriously, aku selalu doa macam tu waktu kecik-kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap-sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku takut nanti orang marah pastu cakap aku jahat pulak. Hahaha

Back to the story, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah blablabla. Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba-tiba kena mild stroke. Hampir separuh badan ayah lemah especially tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba-tiba. Dengan keadaan ayah yang perlukan rawatan yang agak mahal, duit saving ayah yang ayah kumpul untuk anak-anak terpaksa kami gunakan. Dengan ubat-ubatannya, hantar fisoterapi, hantar berurut secara tradisonal lagi. Makin lama, duit ayah makin surut, makin susah dan mencabar hidup kami waktu tu. Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik-kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yang tiba-tiba berubah.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu jugak Ijat dapat keputusan UPSR yang sangat membanggakan. Mana tak bangga Ijat sorang je dapat 5A dalam sekolah tu. Maka excitedlah para guru memohon sekolah SBP/MRSM untuk Ijat. Kami sebenarnya memang nak Ijat masuk sekolah asrama penuh, tetapi dengan keadaan keluarga kami yang sedang dilanda ujian tu, kami buntu. Ijat pon faham dan tak berharap pon. Lagipon dia tahu, kudrat dia sebagai anak lelaki amat diperlukan untuk bantu ayah. Tapi,bila ayah tahu Ijat nak sekolah dekat area rumah je, ayah terus marah. Ayah cakap takpe, jangan sebab ayah, Ijat tak dapat capai impian Ijat nak jadi doktor. Ijat diam.

Nak dekat bukak sekolah awal tahun 2004, Ijat berjaya ditawarkan masuk ke Tingakatan 1 di SBP dalam negeri Selangor. Cikgu sekolah Ijat yang bagitahu. Kami semua happy. Tapi Ijat tak. Ijat diam. Aku dengan ibu lah yang terlebih excited. Tunggu punya tunggu surat tawaran, maka sampailah surat tawaran ke rumah kami. Baru aku tahu, boleh tahan mahal ye yuran nak masuk sekolah budak pandai-pandai ni. Hahaha.Yuran makan, yuran asrama,yuran kelab persatuan semua telah disenaraikan secara detail. Ibu dengan aku dah termenung. Ijat diam. Aku tahu Ijat teringin sangat-sangat nak pergi SBP, tapi dia tak berani nak cakap. Masa untuk mendaftar tak kurang dua minggu dari tarikh dapat surat tawaran. Ijat masih macam tu, senyap sepi. Ijat banyak habiskan masa bersendirian sampai kadang kadang aku pon tak tahu dia pergi mana. Tahu-tahu dah lesap. Nanti petang baru nampak muka. Lama-lama aku pelik, mana perginya budak Ijat ni. Jengjengjeng.

Satu hari aku pon nekad nak intip Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku intip punya intip, sampailah membawa aku ke satu stor ayah kat belakang rumah. Dalam stor tu, aku nampak baldi dah retak sikit tak bertangkai, hanger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak ternganga. Awalnya, aku tak faham, tapi bila Ijat cakap “Ijat tengah kumpul barang nak masuk asrama ni kakngah. Ni semua Ijat kutip kat tempat sampah belakang lombong tu” Allahuakbar, menitik-nitik air mata aku. “Kakngah jangan risau, tadi Ijat nampak ada orang buang beg troli yang ada roda besar tau (luggage), tapi ijat tak check lagi roda dia boleh pakai ke tak. Ijat malu sebab pakcik yang buang beg tu cam tengok-tengok Ijat. Esok kakngah teman Ijat ye ambik beg roda tu”. Waktu tu, aku macam nak meraung dah. Tapi tengok mata Ijat yang bersinar-sinar excited tunjuk hasil tangkapan dan persiapan dia nak ke SBP, aku tahan.

Malam tu, aku tarik ibu ke stor tanpa pengetahuan Ijat. Kami menangis bersama-sama malam tu.Sedih yang tak tahu nak cakap. Sampai sekarang, even saat aku tulis cerita ni, aku nangis, sedih woii. Esoknya, pagi-pagi lagi aku dengan Ijat dah menapak ke “shopping mall’ kitorang takut orang lain nampak kitorang sebat luggage tu. Check punya check, roda ok, penarik pon ok,Cuma koyak sikit kain luggage tu. Tapi masih boleh dibaiki. Aku jahit yang koyak-koyak tu, pastu aku cover dengan perca-perca bentuk bunga biar nampak berseni sikit. Sebak aku tengok muka Ijat yang senyum melebar macam nak koyak mulut dia, punya happy ada beg roda.

Hari untuk mendaftar pon tiba. Haritu, aku je yang teman Ijat pergi ke sekolah tu menaiki bas sebab ibu nak kena uruskan ayah dan adik beradik. Dalam 2 jam perjalanan, sampailah kami ke stesen bas, lepastu naik prebet sapu untuk ke sekolah baru IJat. Dengan semangat penuh di dada, Ijat tarik luggage dia, aku tukang bawak baldi yang aku dah hias cantik-cantik area retak tu. Dalam baldi, ada biskut kering dengan Milo aku tapau dari rumah untuk bekalan Ijat kalau lapar di asrama. Sabun mandi, shampoo pon bawak yang ada kat rumah je. Sampai je dewan sekolah, penuh budak-budak nak mendaftar dah ni. Semua kemas-kemas belaka, ahli kelaurga pon macam satu kampong datang nak menghantar. Aku dengan Ijat masih cool. Pendaftaran kami smooth je.Sebab kitorang bawak duit cukup la untuk bayar semua tu.

Tapi, sampai je koperasi, tetiba ada satu borang lagi nak kena isi dan bayar. Terbeliak mata aku, RM50 lagi koperasi mintak. Aku dah cuak, nak nego pon aku tak tahu. Lainlah kalau dah cakap awal-awal macam dalam surat tawaran tu. Duit aku pon cukup-cukup untuk naik bas balik rumah je ni. Ijat tarik aku ketepi, “kakngah, kita balik je la, Ijat macam rasa nak sekolah kat rumah je lah”. Aku senyap.Ijat diam. Yelah,umur aku pon 15 tahun time tu, mana pandai nak bincang-bincang dengan sesiapa kat situ. Aku ingat lepas hantar Ijat, balik la. Aku pergi tandas, aku menangis. Aku tak tahu nak buat apa. Sampailah ada seorang makcik ni tegur aku kenapa. Aku pon cerita la. Lepas je cerita, terus dia bawak aku pergi jumpa pengetua sekolah, pengetua sekolah pulak bawak aku jumpa wartawan Utusan Malaysia yang kebetulan tengah ambik-ambik gambar pasal hari pendaftaran kat sekolah baru Ijat. Tak memasal aku dengan Ijat kena interview dengan wartawan. Luggage dan baldi Ijat pon wartawan tu ambil gambar. Tak sampai setengah jam, pengetua pon datang pulang balik duit yuran yang kami dah bayar. Dia cakap, semua yuran Ijat ditanggung oleh zakat sekolah mulai hari itu sampai tamat sekolah. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Menangis la aku dengan Ijat berpeluk-pelukan depan ramai orang tu. Esoknya, muka Ijat dengan aku terpampang dalam Utusan Malaysia. Kahkahkah. Seminggu jugaklah rumah aku didatangi tetamu yang datang dari merata tempat.Semuanya nak membantu. Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, dah 12 tahun kisah ni terjadi. Ijat pon dah nak dekat final year medic kat Ireland. Semoga Ijat dapat habiskan pengajian dia dengan cemerlang dan menjadi doctor yang ikhlas membantu pesakit kerana Allah. Kakngah sayang sangat kat Ijat. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu Ijat dan kami sekeluarga sehingga Ijat mampu dan hampir capai impian dia nak jadi doctor.

– Kakngah


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post