Belum 2 Tahun Kahwin, Hanez Suraya Mahu Cerai?


Pelakon Hanez Suraya berhasrat mahu berpisah dengan suami walaupun usia perkahwinannya belum mencecah dua tahun.
Hanez, 32, memfailkan penceraian terhadap Romie Razin Adilha Abd Rais di Mahkamah Rendah Syariah di sini melalui wakil peguam, lapor portal Berita Harian.
Pelakon drama “Love You Mr Arrogant” mengalami masalah rumah tangga namun foto-foto percutian mereka ke Jepun baru-baru ini meredakan khabar angin tersebut.
Hanez dan Romie, 37, berkahwin pada Mac 2015 dan mendapat seorang cahaya mata Puteri Aleesya, 13 bulan.
Romie, ahli perniagaan, pula berdepan kes perebutan hak penjagaan dua anaknya Putra Adreeshah, 11, serta Putra Rayqarl Shah, 6, dengan bekas isteri dahulu.
Hanez gagal dihubungi akhbar itu untuk penjelasan lanjut.


Sumber Belum 2 Tahun Kahwin, Hanez Suraya Mahu Cerai?

Post a Comment

Previous Post Next Post