Rakan Simbah Petrol, Kanak-Kanak Melecur Masuk Hospital


Seorang kanak-kanak lelaki dimasukkan ke hospital Khamis lalu selepas badan dan tangannya melecur disambar api.
Muhammad Ikwan Fahami Mohd Shahrzal, 13, cedera selepas disimbah petrol oleh rakannya pada 5.30 petang ketika bermain di padang Taman Nuri di sini.
“Dia [rakan] acukan pemetik api menyebabkan api menyambar badan saya.
“Saya menjerit dan berguling-berguling kerana terlalu panas manakala dua rakan lain cuba membantu dengan mengibas pakaian mereka di badan saya.
“Rakan yang menyimbah saya dengan petrol melarikan diri,” kata Ikwan seperti dilaporkan Harian Metro.
Ekoran kejadian itu, Ikwan dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini selama lima hari.


Sumber Rakan Simbah Petrol, Kanak-Kanak Melecur Masuk Hospital

Post a Comment

Previous Post Next Post