Biar Dikecam, Gadis ‘Miming’ Tolak Lamaran Kahwin (VIDEO)


Terkenal dengan memek muka pelik, gadis segerak suara [miming] yang tular di media sosial akhir tahun lalu berminat menjadi pelakon komedi.
Nurul Nurizzati Mohd Raffi, 19, mempunyai hampir 200,000 pengikut di Instagram mahu mencuba nasib dengan menyertai uji bakat lakonan selepas tamat pengajian.
“Saya rasa saya boleh buat semua, sedih ke riang ke tetapi saya paling suka yang gila-gila. Boleh buat lawak.
“Tetapi bukan sekarang, mungkin lepas habis belajar tahun ini saya boleh ke mana-mana uji bakat,” kata pelajar tahun akhir Kolej Vokasional Setapak ERT, di sini minggu lalu.
Menggelarkan dirinya Nuris, dia meminati pelakon Sharifah Shahira kerana perwatakan yang bersahaja dan lawak semula jadi.
Anak jati Kuala Lumpur ini mahu mengasah bakatnya agar dapat menjadi pelapis pelawak wanita kelak.
“Saya suka pelakon Sharifah Shahira sebab saya tengok lawak dia berkesan dan memang sampai.
“Pelakon [komedi wanita] ramai tetapi mungkin kebanyakannya tidak berapa popular. Insya Allah saya dan kawan-kawan lain yang berminat boleh jadi pelapis,”katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
“Boleh [saya] meriahkan industri dengan adanya pelapis. Tapi tidaklah sampai masuk Maharaja Lawak, saya masih belum berani.
“Tetapi [bila berlakon] mungkin skrip [lawak] perlu seiring dengan mimik muka. Tiadalah lawak memek muka sahaja,” tambahnya lagi.
Nuris tetap fokus di bilik kuliah walaupun menampilkan personaliti berbeza di media sosial.
Nuris tetap fokus di bilik kuliah walaupun menampilkan personaliti berbeza di media sosial. 
Anak bongsu daripada empat beradik ini pernah menolak panggilan uji bakat lakonan dari MiG Talent, syarikat penerbitan milik David Teo.
Pelajar jurusan fesyen ini turut menolak tawaran mengacara daripada beberapa stesen televisyen swasta.
Nuris sebelum ini popular kerana video miming di Instagram yang menggunakan aplikasi Musically.
Mula aktif di Instagram pada April tahun lalu, video yang dimuat naik mendapat lebih 400,000 tontonan.
Menerima pelbagai reaksi pengguna Internet kerana video tersebut, Nuris berkata tidak terkesan dan akan terus menghiburkan pengguna maya.
“Saya tidak akan berhenti buat video demikian. Dulu tiada orang kisah pun sebelum tular. Tak akan sebab beberapa orang tak suka, saya hendak berhentilah.
“Ada yang kecam kata ‘dia ini tidak layak buat menantu, tidak layak jadi isteri, rasa macam hendak tampar’ tetapi saya tidak kisah.
“Dalam pada itu, ada juga ajak saya kahwin tetapi saya tidak layan. Kena berhati-hati juga,” katanya lagi.


Sumber Biar Dikecam, Gadis ‘Miming’ Tolak Lamaran Kahwin (VIDEO)

Post a Comment

Previous Post Next Post