Bilik karaoke bernilai ribuan ringgit diberikan secara percuma disertai pelayan pelanggan (GRO) warga asing antara taktik pemilik empat pusat hiburan memerangkap enam penjawat awam supaya tidak mengambil tindakan terhadap mereka.
Bahkan dua daripada pegawai kerajaan itu didapati positif dadah dipercayai akibat terlalu kerap menggunakan keistimewaan itu dan kini berdepan risiko diberhentikan perkhidmatan selepas ditahan dalam empat serbuan berasingan bermula jam 12 tengah malam, kelmarin, hingga 9 pagi, semalam.
Mereka ditahan dalam operasi bersepadu khas membabitkan 200 anggota dan pegawai polis Johor, Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan di dua premis di Taman Abad serta masing-masing satu di Taman Sentosa dan Nusa Bestari.
Sumber: Metro
Sumber Bilik karaoke bernilai ribuan ringgit dan GRO warga asing percuma taktik perangkap penjawat awam