Buntu pemilik asal rumah dibelinya enggan keluar walaupun dah bayar pada bank sejak 3 tahun lalu

Seorang lelaki kini buntu apabila pemilik asal rumah dibelinya enggan keluar daripada kediaman walaupun membuat pembayaran kepada bank sejak tiga tahun lalu.

Malah, mangsa, Khuah Teck Seng, 38, turut diugut dan diberi amaran seorang lelaki mendiami rumah berkenaan ketika mahu mengunci rumah berkenaan Selasa lalu.

Buntu pemilik asal rumah dibelinya enggan keluar walaupun dah bayar pada bank sejak 3 tahun lalu

Buntu pemilik asal rumah dibelinya enggan keluar walaupun dah bayar pada bank sejak 3 tahun lalu

Khuah ketika ditemui berkata, sebelum ini rumah itu dibeli daripada seorang wanita namun difahamkan ia masih didiami bekas suami wanita terbabit.

“Saya membeli rumah di Jalan SU40, Taman Selayang Utama, Batu Caves pada tahun 2013 daripada seorang wanita dan mula membuat pembayaran balik pinjaman bank sejak April 2014.

“Bagaimanapun, bekas suami wanita terbabit masih menetap di rumah itu. Sepatutnya saya mendiami rumah ini, namun lelaki itu enggan keluar,” katanya yang menunjukkan dokumen perintah mahkamah, geran tanah dan keputusan carian pejabat tanah membuktikan dia memiliki rumah teres dua tingkat itu.

Sumber: Metro



Sumber Buntu pemilik asal rumah dibelinya enggan keluar walaupun dah bayar pada bank sejak 3 tahun lalu

Post a Comment

Previous Post Next Post