Reen Rahim kaki pukul, kepala angin sampai kelab peminat dibubarkan? Ini penjelasan tuan punya badan

Harga untuk menjadi seseorang yang popular dan dikenali kadangkala terlalu perit untuk dibayar. Namun, sebagai anak seni, itulah lumrah dan dilema yang mesti ditempuhi.

Siapa sangka, empat tahun mengabdikan diri sebagai pelakon, nama Reen Rahim tiba-tiba dihambat kontroversi apabila berita palsu yang menuduhkanya kepala angin dan kaki pukul sehingga kelab peminatnya dibubarkan dek perangainya itu menerusi laporan di ruangan pojok sebuah akhbar tempatan, baru-baru ini.

Reen Rahim kaki pukul, kepala angin sampai kelab peminat dibubarkan? Ini penjelasan tuan punya badan

Reen Rahim kaki pukul, kepala angin sampai kelab peminat dibubarkan? Ini penjelasan tuan punya badan

Mengakui hatinya terguris teruk dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan, Reen menjelaskan dia masih waras dan tidak diajar oleh keluarganya untuk berperangai sedemikian.

“Jujurnya saya sangat kecewa apabila membaca artikel pertama mengenai diri saya untuk tahun 2017. Terus terang, dakwaan mengatakan saya kaki pukul dan kepala angin adalah satu tuduhan yang melampau dan fitnah.

“Sepanjang empat tahun berada dalam industri seni, belum pernah saya naik hantu tak tentu pasal atau pukul sesiapa. Jadi saya sangat kecewa apabila ada pihak sanggup memfitnah saya tanpa usul periksa.

Sumber: Metro



Sumber Reen Rahim kaki pukul, kepala angin sampai kelab peminat dibubarkan? Ini penjelasan tuan punya badan

Post a Comment

Previous Post Next Post