Carum SSPN-i RM30, waris guru terima RM170,000

Keluarga ustazah Masni Ngah@Mohd Jaiz, 44, yang lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit yang dipenuhi air banjir di Jalan Paya Rawa, Kampung Raja, Besut, Ahad lepas.

Carum SSPN-i RM30, waris guru terima RM170,000

Carum SSPN-i RM30, waris guru terima RM170,000

menerima manfaat perlindungan takaful SSPN-i Plus berjumlah RM170,037.20.

Sumbangan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu diserahkan kepada suami mangsa, Ahmad Ruzaizi Mahmod, 46, di kediamannya di Kampung Gong Kepas Dalam, Jertih, semalam.

PTPTN, dalam kenyataan, berkata majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, merangkap Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Allahyarhamah merupakan pendeposit SSPN-i Plus yang telah membuka akaun SSPN-i Plus di bawah Pakej Intan dengan caruman hanya RM30 sebulan (RM1 Sehari) sejak April 2016.

“Akaun tersebut dibuka untuk empat orang anaknya iaitu Nursofea Hanim, (18 tahun); Ahmad Aiman Asyraf, (16); Ahmad Adib Irfan, (13) dan Ahmad Afif Hakimi berusia 11 tahun,” katanya.

Allahyarhamah Masni merupakan tenaga pengajar di Kolej Vokasional Besut.

Dalam pada itu, menurut PTPTN, sejak dilancarkan pada 8 Jun 2015 sehingga 31 Disember 2016, sebanyak 52,615 akaun SSPN-i Plus dibuka dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM15.8 juta (RM19.9 juta termasuk takaful) dan jumlah manfaat perlindungan takaful sehingga RM2.3 bilion.

“Sehingga kini, sebanyak 65 tuntutan melibatkan pelbagai kes dengan amaun RM709,840.00 telah berjaya diselesaikan,” menurut kenyataan itu. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Carum SSPN-i RM30, waris guru terima RM170,000

Post a Comment

Previous Post Next Post