Toi dedah kecik dapat balasan gaduh dengan bos Hyper Act

Bekas vokalis, Kecik perlu mengambil iktibar selepas digugurkan daripada Hyper Act bulan lalu, kata wakil kumpulan itu.

Toi, nama popular Khairul Nizam Baharom berkata walau Kecik perlu meninggalkan kumpulan itu namun ikatan persahabatan yang pernah terjalin akan berkekalan.

Kumpulan Hyper Act menyanyikan lagu ‘Takkan Pergi’ semasa Separuh Akhir Muzik Muzik pada 4 November 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

“Kecik pun sudah mengaku dia bergaduh dengan pengurusan. Semua sedia maklum siapa yang gaduh dengan bos, memang akan terima masalah.

“Bila pengurusan kata kami kena sekat [Kecik], kami pun putuskan di situ. Kami ikutlah sebab kami tidak mahu masalah jadi berpanjangan.

“Sebab kalau ada hubungan lagi, kemungkinan isu ini akan jadi lagi besar. Nanti ada bawa geng sana sini. Pengurusan lagi [bawa geng],” katanya kepada ProjekMMO.

Toi mengulas laporan mengenai Kecik tidak menerima sebarang surat rasmi selepas ditamatkan kontrak sebagai vokalis.

Kecik, nama sebenar Mohammad Fauzi Kamarudin juga disekat berkomunikasi dengan anggota Hyper Act dan tidak dapat berhubung dengan pihak pengurusan mereka, Hype Beat.

Toi, bagaimanapun berkata Kecik masih lagi vokalis mereka yang sah jika pihak pengurusan belum memberikan surat rasmi.

“Surat rasmi saya tidak pasti, mereka [Kecik dan pengurusan] akan terus berbincang.

“Buat masa ini, kalau ikut hitam putih ya [Kecik masih vokalis]. Cuma mungkin di pentas, dia langgar syarat. Mungkin itulah denda kepadanya,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Toi dedah kecik dapat balasan gaduh dengan bos Hyper Act

Post a Comment

Previous Post Next Post