Cuba bunuh diri, video lelaki hentak kepala ke dinding kerana ditinggalkan kekasih jadi viral

TIDAK dapat menerima penolakan daripada kekasih, seorang lelaki bertindak menghentak kepalanya di lantai dan dinding dalam kejadian di Sulawesi, Indonesia, baru-baru ini.

Cuba bunuh diri, video lelaki hentak kepala ke dinding kerana ditinggalkan kekasih jadi viral

Cuba bunuh diri, video lelaki hentak kepala ke dinding kerana ditinggalkan kekasih jadi viral

Menerusi perkongsian Jejaka Buronan Martu di laman Facebook, sebuah video dimuat naik memaparkan seorang lelaki yang menangis dan meghentak kepalanya di hadapan orang ramai.

Perkongsian tersebut menjelaskan lelaki tersebut cuba membunuh diri selepas kesal ditinggalkan kekasihnya.

 

Dalam video berdurasi 15 saat itu, lelaki yang mengenakan baju berwarna biru kelihatan menangis dan merangkak serta bergolek-golek sebelum menghentak kepalanya di lantai dan kemudian bangun semula meluru ke arah dinding.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut terkejut dengan tindakan lelaki tersebut.

Menerusi ruangan komen, netizen menyelar tindakan lelaki itu yang terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup membunuh dirinya hanya kerana ditinggalkan kekasih.

Ada yang menganggap percintaan lelaki tersebut adalah cinta pertamanya sehingga dia bertindak tanpa berfikir dan terlalu mengikut emosi.

Video: Hentak Kepala Di Dinding Selepas Ditinggalkan Kekasih

“Sayang betul dia kat kekasih dia, sanggup dia buat macam itu tak peduli nyawanya, hatinya tak kuat untuk menerima dugaan yang dialami,” tulis Norida.

“Buat apa nak sakitkan badan sendiri, Tuhan bukan nak kau tu rosak ke apa tapi dia nak bagi baik untuk kau,” tulis Melinda Lyn.

Menerusi ruangan komen, beberapa keping gambar lelaki tersebut cedera dan berdarah di bahagian kepala dimuat naik.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan lelaki tersebut.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Cuba bunuh diri, video lelaki hentak kepala ke dinding kerana ditinggalkan kekasih jadi viral

Post a Comment

Previous Post Next Post