Dulu Tun Dr Mahathir kata BR1M rasuah, kini buat pusingan U dengan membayangkan BR1M akan diteruskan jika pembangkang memerintah

Jika bulan lalu Tun Dr Mahathir menyatakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dan menyalahi undang-undang, malam tadi lain pula nadanya apabila beliau membayangkan ia boleh diteruskan jika pembangkang mengambil alih kerajaan.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam tadi, Pengerusi parti baharu itu, membayangkan bantuan berkenaan akan diagihkan pegawai kerajaan jika ia didapati penting.

Dulu Tun Dr Mahathir kata BR1M rasuah, kini buat pusingan U dengan membayangkan BR1M akan diteruskan jika pembangkang memerintah

Dulu Tun Dr Mahathir kata BR1M rasuah, kini buat pusingan U dengan membayangkan BR1M akan diteruskan jika pembangkang memerintah

“Jika dipersetujui oleh rakyat, BR1M akan dijadikan bantuan statutori yang ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa.

“Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya atau cara penyampaiannya,” katanya.

Kenyataan Dr Mahathir itu jelas bertentangan dengan apa yang didakwa sebelum ini bahawa pemberian bantuan berkenaan adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Malah, dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu pada 31 Disember lalu, Dr Mahathir sekali lagi tegas mempertahankan kenyataannya itu selain menyatakan ia dibuat berdasarkan maklum balas daripada orang kampung yang menyatakan mereka menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau menghulurkan bantuan kewangan.

Sumber: Bharian



Sumber Dulu Tun Dr Mahathir kata BR1M rasuah, kini buat pusingan U dengan membayangkan BR1M akan diteruskan jika pembangkang memerintah

Post a Comment

Previous Post Next Post