Hanez Suraya: Kami bahagia, rumah tangga kami masih kekal

Perkahwinan Hanez Suraya terus mencetuskan tanda tanya apabila pelakon itu enggan mengesahkan atau menafikan masalah dalam rumah tangganya.

Pelakon drama “Love You Mr Arrogant” itu malah mendakwa kedua-duanya “masih bahagia” dan “tidak ada apa-apa yang berlaku” sebagai mengulas laporan media Isnin lalu.

Hanez Suraya dilaporkan ingin berpisah daripada suaminya namun pelakon tersebut berkata ‘rumah tangga kami masih kekal’. — Foto ihsan Instagram/Hanez Suraya

“Alhamdulillah rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi, biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi-spekulasi yang menjadi tokok tambah pihak-pihak tertentu,” coretnya.

Dalam tulisan sama di Instagram petang ini, dengan foto mesra, Hanez juga menyatakan “sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.”

“Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang. Tiada apa yang saya ingin jelaskan di atas apa yang terjadi,” katanya.

Awal minggu ini, banyak media melaporkan beliau berhasrat mahu berpisah dengan suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais walaupun usia perkahwinannya belum mencecah dua tahun.

Hanez, 32, memfailkan penceraian terhadap Romie Razin di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam melalui wakil peguam.

Hanez dan Romie, 37, berkahwin pada Mac 2015 dan mendapat seorang cahaya mata Puteri Aleesya, 13 bulan.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Hanez Suraya: Kami bahagia, rumah tangga kami masih kekal

Post a Comment

Previous Post Next Post