Hasrat pengantin rai perkahwinan di hotel musnah, derita cirit-birit disebabkan seseorang buang air besar dalam kolam

HASRAT sepasang pengantin baru untuk meraikan perkahwinan mereka di sebuah hotel di Greek tidak kesampaian apabila mereka dan tetamu yang lain, mengalami sakit perut dan cirit-birit disebabkan seseorang telah berak di dalam kolam di hotel terbabit.

Susulan itu, Danielle, 30, dan suaminya Mark Woollaston, 38, yang berasal dari Britain telah mengemukakan tindakan saman terhadap hotel berkenaan iaitu Hotel Marelen.

Hasrat pengantin rai perkahwinan di hotel musnah, derita cirit-birit disebabkan seseorang buang air besar dalam kolam

Hasrat pengantin rai perkahwinan di hotel musnah, derita cirit-birit disebabkan seseorang buang air besar dalam kolam

Pasangan berkenaan berada di Greek selama dua minggu dan menetap di hotel tiga bintang terbabit bersama 50 orang rakan dan anggota keluarga mereka pada bulan Ogos tahun lepas. Kos untuk perkahwinan itu dianggarkan sebanyak RM80,000.

Mereka disahkan dijangkiti parasit dikenali sebagai Cryptosporidium, yang disebarkan menerusi air tercemar di dalam kolam. Keadaan terbabit itu juga mengakibatkan kolam renang itu terpaksa ditutup disebabkan najis di dalam air.

Selain Danielle dan pasangannya, tetamu lain yang menginap di situ turut mengambil tindakan yang sama untuk menyaman hotel itu.

Danielle, yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat memberitahu, dia mengalami cirit-birit, muntah dan kekejangan perut pada hari perkahwinannya.

“Ia sangat mengecewakan dan menjejaskan hari bahagia kami. Saya tidak dapat makan makanan yang telah dibayar kerana bimbang terpaksa berlari ke tandas,” katanya. Danielle dan Mark turut terpaksa bercuti sekembalinya dari Greek disebabkan keadaan tersebut.

Malah ramai tetamu yang berada di Greek juga tidak dapat hadir pada majlis resepsi yang diadakan di Britain disebabkan simptom berkenaan.

Sementara itu, seorang peguam, Jatinder Paul, berkata, Cryptosporidium boleh menyebabkan pesakit mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan.

“Kami kini mewakili hampir 100 orang yang terjejas akibat kejadian di hotel Marelen dan masih menunggu maklum balas daripada tetamu lain yang menginap di situ,” katanya.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Hasrat pengantin rai perkahwinan di hotel musnah, derita cirit-birit disebabkan seseorang buang air besar dalam kolam

Post a Comment

Previous Post Next Post