Video adik-beradik kembar ini nyaris dilanggar pemandu cuai. Meremang bulu roma!

SEPASANG adik-beradik kembar di China terselamat daripada maut meskipun kedua-duanya dilanggar dan digilis oleh sebuah van yang dipandu oleh warga tempatan.

Video adik-beradik kembar ini nyaris dilanggar pemandu cuai. Meremang bulu roma!

Video adik-beradik kembar ini nyaris dilanggar pemandu cuai. Meremang bulu roma!

Menerusi klip rakaman kamera pengawasan yang disiarkan oleh Stesen Televisyen Anhui memaparkan dua budak perempuan berumur lima tahun dilanggar dan digilis sebuah van dalam kejadian yang berlaku awal bulan ini di Lixin wilayah Anhui, timur China.

Lapor stesen berkenaan, salah seorang darpada kembar itu (kakak) tidak mengalami kecederaan namun adiknya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Difahamkan kedua-dua kembar itu dijaga oleh nenek mereka dan dalam perjalanan untuk ke kedai.

Pasangan Kembar Nyaris Maut Dilanggar Pemandu Cuai

Pasangan Kembar Nyaris Maut Dilanggar Pemandu Cuai

Pasangan Kembar Nyaris Maut Dilanggar Pemandu Cuai

Tambah stesen itu lagi, van yang melanggar kedua-dua mangsa itu dikatakan dari arah kanan dan mahu membelok ke kiri sebelum melanggar kembar terbabit.

Insiden itu tidak disedari oleh pemandu van berwarna silver itu sehinggalah beberapa meter ke hadapan sebelum menyedarinya lalu memberhentikan kenderaannya itu.

Menerusi video itu, si kakak dilihat cuba bangkit dan mencari adiknya namun mendapati kembarnya terperangkap di bawah roda hadapan van tersebut.

Pemandu van yang hanya dikenali sebagai Song memberitahu stesen televisyen itu bahawa dia tidak menyedari kedua-dua kembar itu ketika cuba membelok di lorong tersebut.

“Selepas saya memandu keluar dari lorong itu, saya melihat kanak-kanak menangis, barulah saya menyedari terdapat seorang lagi kanak-kanak di bawah van saya lalu saya membuka pintu dan turun dari van tersebut,” jelas Song.

Namun menurut kenyataan daripada anggota polis trafik bandar itu, Zheng Chengcheng menjelaskan bahawa Song tidak berhenti dan melihat orang yang lalu lalang sebelum keluar dari lorong tersebut serta tidak memberikan isyarat untuk membelok.

Akibat daripada kemalangan itu, salah seorang dari kembar itu terpaksa dirawat di hospital Nanjing kerana mengalami kecederaan serius selepas terseret di bawah van tersebut.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video adik-beradik kembar ini nyaris dilanggar pemandu cuai. Meremang bulu roma!

Post a Comment

Previous Post Next Post