Ibu kepada wanita yang dirantai tampil mengaku dia bertindak merantai anak perempuannya itu.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata ibu wanita tersebut telah membuat laporan polis kira-kira pukul 3.15 petang Isnin.
“Dia mendakwa anak perempuannya itu mabuk. Dia kemudian bertindak merantai mangsa kerana bimbang dengan keselamatannya.
“Kami tidak menjumpai sebarang elemen jenayah di dalam kes itu setakat ini dan wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Megat Mohamad berkata dengan perkembangan terbaharu ini, polis menyifatkan kes ini sebagai sudah selesai.
Pada Ahad, seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat datang ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan membebaskan wanita itu.
Difahamkan, wanita berkenaan dirantai kerana sering mabuk.
Sumber: Mstar
Sumber Ibu mengaku rantai anak perempuan yang mabuk demi keselamatan