‘Mat saleh’ berjiwa Melayu, Muhamed Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan mengakui menghadiri kursus praperkahwinan di sini baru-baru ini.
Beliau yang makin dikenali setelah mulai terjun dalam dunia penyiaran tanah air, bagaimanapun belum bersedia nengumumkan bila akan menamatkan zaman bujangnya dan memperkenalkan gadis pilihan hatinya. Pengacara rancangan travelog Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan ini tidak mahu mengulas lanjut soal peribadinya ketika ini.
Dalam pada itu, umum mengetahui hati jejaka kelahiran Bristol, England yang fasih bercakap loghat Terengganu ini telah dimiliki seorang gadis bertuah dari negeri ini.
Malah, Mat Dan dalam sebuah rancangan televisyen sebelum ini turut mengesahkan sudah mempunyai teman istimewa.
Ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini, Mat Dan berkata, tumpuan kini adalah kepada kerjaya, dan jadualnya akan kembali padat bermula Mac depan bagi menjayakan Haramain Bacpackers untuk musim kedua.
“Penggambaran dijadualkan memakan masa kira-kira tiga bulan tetapi buat masa ini lokasi belum diketahui lagi dan difahamkan membabitkan tempat-tempat bersejarah di luar negara.
“Di samping itu, saya bakal terlibat dengan satu lagi program travelog makan-makan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Mat Dan Mari Dak?,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Mat Dan hadir kursus kahwin