Isteri buka rahsia Bagaimana Syarikat Hadiahkan Nike


Kerana terlalu mengidam kasut sampai tidak dapat fokus pada kerja, seorang isteri bertuah akhirnya mendapat Nike percuma daripada pengedarnya.
Syarikat Indie Sneakers berbuat demikian setelah “surat rasmi” rayuan wanita itu, hanya mahu dikenali Rozaina, agar suami membelinya tersebar meluas di media sosial minggu lalu.
“Pertama kali saya minta pada suami, [saya] hendak kasut, tapi hanya cakap mulut dan suami pula jenis yang sibuk, jadi kami memang jarang berjumpa.
“Sebab terlalu inginkan kasut itu, saya sampai tidak boleh fokus buat kerja, tambahan pula saya memang jenis yang minat kasut sebegitu,” kata wanita itu kepada ProjekMMO.
Rozaina, seorang mahasiswi berusia 26 tahun, menjelaskan “surat rasmi” seumpama itu memang salah satu caranya berkomunikasi dengan suami, seorang pegawai polis.
“Memang selalu buat macam ini, kadang-kadang saya dengan suami suka tinggalkan nota, surat-menyurat dan menjadi kebiasaan sebab saya jenis pelupa.
“Jadi untuk elak saya lupa, saya tulislah surat,” katanya, seorang pelajar ijazah pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kisah Rozaina yang menulis surat mencuit hati kepada suaminya bertarikh 9 Januari lalu menarik perhatian pengguna internet setelah ia disebarkan pemilik Indie Sneakers.
Suratnya dikongsikan dengan pemilik syarikat terbabit Amirul Haqim bagi meyakinkannya bahawa beliau memang sangat berminat pada kasut itu apabila diberitahu stoknya telah habis.
“Selepas suami membalas surat saya dan meluluskan permohonan, saya hubungi Indie Sneakers untuk beli kasut, namun diberitahu stok sudah habis, yang membuatkan saya teramat kecewa.
“Tapi kerana terlalu mahu, saya minta untuk membuat tempahan awal kasut walaupun terpaksa menunggu lama dan ketika itulah saya menceritakan [kepada syarikat] tentang surat saya kepada suami,” kata Rozaina.
Gembira surat itu mendapat sambutan pengguna internet dan jumlah pelanggannya didakwa naik mendadak, Indie Sneakers bermurah hati menghadiah sepasang kasut berharga RM179.
Namun Rozaina perlu menunggu untuk beberapa minggu lagi. “Kasut saya tidak sampai lagi, tengah tunggu giliran [tempahan], dalam dua hingga tiga minggu baru sampai,” katanya.


Sumber Isteri buka rahsia Bagaimana Syarikat Hadiahkan Nike

Post a Comment

Previous Post Next Post