Isu MARA dan UniKL dipaksa taja Kelantan, “Saya malas nak layan TMJ” – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa enggan melayan Tunku Mahkota Johor yang menggesa beliau menjelaskan tindakan Pelaburan Mara menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Isu MARA dan UniKL dipaksa taja Kelantan, "Saya malas nak layan TMJ" - Annuar Musa

Isu MARA dan UniKL dipaksa taja Kelantan, “Saya malas nak layan TMJ” – Annuar Musa

Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) turut menegaskan beliau tidak mempunyai masalah dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan enggan bertekak dengan kerabat Johor itu.

Baca:

“Saya tidak perlu memberi penjelasan kepada beliau,” kata Annuar, yang juga pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), kepada Malay Mail Online.

“Jika saya perlu juga menjawabnya, mungkin beliau sendiri akan malu sekali lagi seperti kes pemacu pena. Saya tidak mahu mengaibkan beliau lagi.”

Wakil rakyat Umno itu merujuk insiden pemacu pena yang didakwa oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengandungi bukti rasuah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Ibrahim mempertikaikan tindakan Annuar menggunakan wang Pelaburan Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan negerinya.

Sumber: Malay Mail



Sumber Isu MARA dan UniKL dipaksa taja Kelantan, “Saya malas nak layan TMJ” – Annuar Musa

Post a Comment

Previous Post Next Post